Sabtu, 3 Disember 2011

Lari Berganti-ganti



Acara Lari Berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada 4 pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain. Mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya.

TEKNIK PENUKARAN BATON
Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a. Pergerakan ke atas (up sweep)
b. Pergerakan ke bawah (down sweep)

Pergerakan ke atas (up sweep)
  • Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkan dari bawah ke atas.
  • Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah.
  • Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk 'V' yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.


Pergerakan ke bawah (down sweep)
  • Pembawa baton akan membawa baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
  • Tapak tangan penerima baton menghadap ke ats. Apabila baton dihantar kepadanya dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

Gaya  Penukaran  Baton
Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a. Gaya selang seli cara pandang
  • Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter.
  • Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton.

b. Gaya selang seli tanpa pandang
  • Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter.
  • Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri. Pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.
  • Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada dihadapannya  akan menghulurkan  tangan  ke  belakang  untuk  menerima  baton.


Jumaat, 2 Disember 2011

Lari Berpagar


Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan.

Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancer dan berkesan dalam masa yang paling minimum dalam udara.

Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar- pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut sebagai ritma.

Kategori Acara Lari Berpagar
Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagisetiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak bagi setiap kategori acara tersebut,ialah :
  • 110 meter lari berpagar (L)
  • 100 meter lari berpagar (P)
  • 400 meter lari berpagar (L)
  • 400 meter lari berpagar (P)
Kemahiran Lari Berpagar
Terdapat beberapafasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah:
  • Permulaan
  • Lonjakan
  • Layangan
  • Mendarat
  • Penamat

Lompat Jauh


Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju.

Prinsip dasar LOMPAT JAUH adalah : Meraih kecepatan awalan yang setinggi – tingginya sambil tetap mampu melakukan tolakan yang kuat keatas dengan satu kaki untuk meraih ketingian saat melayang yang memadai sehingga dapat menghasilkan jarak lompatan.

Kondisi fisik dan tehnik yang memadai perlu dimiliki oleh seorang pelompat yang baik. Pengaruh kondisi pisik atau terlihat pada kecepatan pelompat ketika melakukan awalan dan kekuatan dan tolakan pada lompat jauh

 GAYA LOMPAT JAUH
1. Gaya Langkah / Jongkok (Float Style )
Merupakan gaya lompat yang dianjurkan diberikan pada pemula termasuk siswa di sekolah.

2.Gaya Menggantung ( Hang Style )
Karna anggota tubuh bagian bawah mengandung dibawah badan. Kedua lutut berbentuk sudut siku - siku dan kedua lengan berada di atas kepala sehingga posisi tersebut sedang menggantung. 

3.Gaya Jalan Diudara ( Walking In The Air )
Merupakan gaya yang sekarang paling populer dari pada kedua gaya sebelumnya. Gaya ini lebih menjanjikan tinggal landas yang efisien dan kesempatan mempersiapkan pendapatan yang lebih awal


Lompat Tinggi


Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop.


 
FASA LOMPATAN TINGGI
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. 

GAYA LOMPAT TINGGI
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting :Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya Timur: Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

c) Gaya guling barat: Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana: Gaya ini hampir sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. 

e) Gaya Fosbury Flop: Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. 

GAYA FOSBURY FLOP
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.