Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan.
Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancer dan berkesan dalam masa yang paling minimum dalam udara.
Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar- pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut sebagai ritma.
Kategori Acara Lari Berpagar
Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagisetiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak bagi setiap kategori acara tersebut,ialah :
- 110 meter lari berpagar (L)
- 100 meter lari berpagar (P)
- 400 meter lari berpagar (L)
- 400 meter lari berpagar (P)
Kemahiran Lari Berpagar
Terdapat beberapafasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah:
- Permulaan
- Lonjakan
- Layangan
- Mendarat
- Penamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan