Acara Lari Berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada 4 pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain. Mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya.
TEKNIK PENUKARAN BATON
Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a. Pergerakan ke atas (up sweep)
b. Pergerakan ke bawah (down sweep)
Pergerakan ke atas (up sweep)
- Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkan dari bawah ke atas.
- Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah.
- Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk 'V' yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.
Pergerakan ke bawah (down sweep)
- Pembawa baton akan membawa baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
- Tapak tangan penerima baton menghadap ke ats. Apabila baton dihantar kepadanya dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.
Gaya Penukaran Baton
Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a. Gaya selang seli cara pandang
- Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter.
- Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton.
b. Gaya selang seli tanpa pandang
- Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter.
- Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri. Pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.
- Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada dihadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan